TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 84)
Berhijrah ke Australia (3 )
Rumah kami di Wollongong yang terletak di belakang Hospital Wollongong memang strategik & functional. Kalau nak ke universiti, jalan 1 minit saja, dah sampai jalan utama & boleh naik bas warna hijau. Percuma. Kerajaan menyediakan bas percuma di jalan2 tertentu bagi memudahkan rakyat & pelajar. Bas ini juga sampai ke pantai Wollongong.
Rumah kami juga dekat pantai. Selepas saya menghantar Awfa ke sekolah, saya akan terus ke pantai. Saya berjalan sepuas2nya di tepi pantai seolah2 saya seorang pelancong. Pejabat saya di KL & Dubai belum buka lagi. Pekerja & pelanggan saya masih tidur lagi. Inilah antara nikmat tinggal di Australia - down under. Terasa terasing daripada satu dunia. Tenang. Cool.
Rumah kami juga - walaupun tidak besar mana - boleh menyantuni ramai orang bagi solat jemaaah & makan2. Yang paling saya seronok ialah garaj berpintu automatik. Kereta disimpan di sini. Bila keluar dari kereta, terus masuk ke rumah melalui pintu dalam.
Bila ramai pelajar2 Malaysia berkumpul di rumah kami untuk apa2 acara, ruang garaj boleh dibuat tempat solat & makan2. Ruang tamu & makan dalam rumah juga dapat digunapakai semaksima mungkin. Alangkah bahagia kalau kita pun - sebagai manusia - boleh berfungsi sepenuhnya. Anggota badan & pergerakan kita berguna. Lidah & percakapan kita berguna. Tangan & tulisan kita (di media sosial) berguna Otak & fikiran kita berguna. Diam kita pun berguna. Tidur & rehat kita berguna.
Dua perkara yang saya teringat sangat di Wollongong adalah rumah & pantai. Rumah adalah ofis saya. Saya gunakan meja makan sebagai ofis. Work from home dah lama saya amalkan. Saya ada long work hour nak sejajar dengan waktu Malaysia & Dubai. Kebanyakan rumah di Austalia sudah gelap jam 8 malam. Saya pula terpaksa berjaga malam sampai 12 tengah malam.
Pantai pula amat menghiburkan. Memang pantai2 di Australia amat panjang & putih bersih. Ia juga ada ombak yang tinggi & laju. Sesuai bagi aktiviti surfing. Kadang2 kami berpicnic di sini berjam2. Seagul ada di mana2 sahaja. Manja & dekat dengan manusia.
Masalah utama di sini ialah semua kedai tutup jam 5 @ 6 petang. Memang laid back habis.
MDB